Sunday, August 26, 2007,5:26 PM
' Orang Buku' Dengan 'Kedai Buku' Bertemu

Pada hari Sabtu 25 Ogos 2007, pukul 2.30 petang bertempat di MPH One Utama, satu pertemuan antara penulis-penulis Malaysia telah diadakan atas usaha pihak MPH sendiri. Dina tidak melepaskan peluang ini apatah lagi setelah diberitahu oleh Zaharah Muhammad pada hari sebelumnya, majlis minum petang tersebut akan membawakan topik yang sangat menarik, iaitu ' What is the direction of the local book industry based on current developments? Is this where we want to head, or should we collectively shift the course of things to come?'

Sampai sana di sana, Dina terus mendaftarkan diri sebagai peserta. Majlis ketika baru saja hendak bermula. Saat itu Dina bertemu dengan Puan Norma Kassim, penulis buku 'A Walk Through Life' yang kemudiannya duduk di sebelah Dina. Tidak sampai beberapa minit kemudian masuk Nacha, blogger yang juga peminat novel Melayu. Kami dapat tempat biarpun dalam bilik tersebut hanya tinggal beberapa tempat duduk sahaja. Majlis dimulakan dengan ucapan emcee dan diikuti oleh beberapa panelis serta dipengerusikan oleh Dato Ng Tieh Chuan - CEO of MPH Group, ahli panel terdiri daripada Nafisah Ahmad - Pengarah Pembinaan Koleksi Negara & Pengdokumentasian, Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Nisah Haron seorang penulis sepenuh masa yang juga pernah menjadi pengamal bidang undang-undang serta Sharon Bakar seorang penulis, juga penulis tamu The Star yang juga seorang warga British dan telah menetap di Malaysia selama 20 tahun.

Beberapa orang yang Dina kenali melalui dada akhbar, majalah serta blog juga kelihatan. Di antaranya Billi Lim penulis 'Dare To Fail' yang sentiasa ceria dan positif. Mr. Billi memberitahu Dina, dia tidak pernah menukar sedikitpun pada 'cover' buku motivasi yang disailkan sejak Dina masih di bangku sekolah. Selain itu Dina sempat berbual dengan Encik Shamsuddin Abdul Kadir, penulis buku PTS yang telah mengeluarkan dua buah buku iaitu, Hati Senang Walau Berhutang dan Hidup Kaya Walau Makan Gaji. Majlis yang berlangsung selama dua jam itu diserikan dengan ucapan pendek penulis 'Malaysian Journey' iaitu Encik Rehman Rashid bekas pelajar MCKK dan kolumnist di NST.

Selain itu Dina sempat berbual dengan Puan Aina Emir, seorang penulis serta penerbit yang aktif. Begitu juga dengan penulis Creative Enterprise iaitu Siti Zabeda yang tidak lokek bercerita dengan Dina tentang hasil penulisannya yang kini sudah mencecah lapan buah novel. Majlis yang berakhir pada jam 5.00 petang itu, banyak menyentuh isu hakcipta dan pasatan novel di malaysia dan arah tuju novel dan buku-buku di Malaysia dalam pasaran global. Belilah Majalah Quill keluaran MPH untuk mendapatkan maklumat terkini tentang isu-isu yang diutarakan.

Semasa majlis minum petang, Dina sempat bertemu dengan Kak Nor, Kak Notie, Wan Amalyn, Wabbit dan Rozita Abdul Wahab. Kami semua disajikan dengan kuih seri muka, popiah, sandwich dan kek. Dina terpaksa bergegas pulang kerana telah berjanji dengan suami dan anak-anak untuk cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.




Bercuti hujung minggu, kedai buku MPH tetap dikunjungi. Atas- Mulhim Bin Nabil, anak Dina sedang membelek buku ( buku Azizi Ali lagi.... faham ke anak umi?!) dan di bawahnya Mulhim sedang memilih pensil.


Salam sayang,

Dina Najat
 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤ 6 comments
Monday, August 13, 2007,10:26 PM
Ulasan Takdir Cinta Dari Rinn's Site

Takdir Cinta
Dina Najat: Takdir Cinta

"Andai rindu itu satu hukuman, akulah yang paling menderita..."nasib baik baca 2nd book (by dina najat) dulu yg Cinta Lukisan Jiwa.. the first book jauh lebih baik. so tak lah rasa keciwa dgnpenulis. :) i look forward to more books by dina najat.Kalau diikutkan dari segi resipi cerita, 'Cinta Lukisan Jiwa' lebihmenarik, tetapi mungkin adalah masalah dari segi penyampaian sbbbagi saya, saya tak dapat menyalurkan rasa simpati kepada 'Diyan'dalam kisah itu. manakala dalam 'Takdir Cinta' ada kekuatantersendiri dari segi penyampaian and i like it.Selepas membaca buku ini saya tak sangka ini adalah penulis yangsama utk kisah 'cinta lukisan jiwa'. Takdir cinta ada kekuatancerita cinta walaupun kisahnya biasa tetapi menarik dibaca. Lama dahtak baca buku yang membuat saya tak senang duduk dan sekali sekalabangun menyepak dan menendang nendang angin. Scene2 cemasdiceritakan dengan baik walaupun tak sabar, saya terpaksa membaca dgn cermat supaya tak mengganggu pemahaman cerita.Cerita ini mengisahkan Suraya yang melanjutkan pelajaran ke U atas ikhsan pak longnya, so dia terpaksa ikut cakap mak dia dan bertunangdgn anak paklong dia, Razak. Mereka akan kawin sebaik saja Su grad.Di U, su bertemu dgn Zafran yang syok kat dia, Su pun bekenan tapidia menahan diri dari menerima cinta zafran kerana mengenangkandirinya tunangan orang. Zafrah ikhlas meluahkan perasaan walaupun Su tak layan. dia sentiasa mencuba.Hinggga peristiwa Razak cuba memperkosa Su kerana tak tahanmenunggu, su terpaksa membuka rahsia kpd Zafran lalu mulai detik ituZafran meragui keikhlasan su. Razak menyebarkan fitnah tentang Su lantas pertunangan mereka dibubarkan.. ingat ker dah settle babrazak and Su dpt bersama dgn Zafran, rupanya ada lagi! Ibu dan adik Su terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa paklong dan menumpangdi rumah kawan.Su makin berani dgn Zafran setelah kembali solo, percintaan terjalintetapi dicemburui Netti yang turut ada hati pada Zafran. Sudiperangkap dan difitnah, sekali lagi zafran meragui su. Su kembalike kampung kerana ibunya sakit. rupa2nya pertunangannya dgn razak disambung semula kerana razak tak dapat hidup tenang bila memikirkansu bukan lagi miliknya. Ibu dan adiknya berpindah semula ke rumahpaklong, belanja perubatan ibunya ditanggung paklong dengan syarat,Su kawin dengan Razak. Demi ibu, su akur. Kematian ibunya menjadikan su mengelak mengenai isu perkahwinan. Pembelajarannya terpaksaditangguh. Semasa hayat ibunya, su memberontak hanya dalam hati dgnkeputusan ibunya utk menerima razak, setelah kematian ibunya, susemakin berani tapi jadi mangsa perangkap razak pulak. RAzak dah taksabar nak berbini lalu memerangkap su supaya ditangkap basah. Maruah su tercalar dan terpaksa kawin ngan razak.Razak berubah menjadi lelaki bertanggungjawab. kehendak ayahnya utkmengambil alih harta su ditentang keras oleh Razak. kasihnya pada sumenggunung. Tetapi razak terlalu cemburu hingga ke tahap mengurungsu dalam rumah dan tak membenarkannya keluar rumah. nasib la berbinicantik. Sekali lagi pembelajaran su tertangguh. Sikap lama Razak ygsuka berhutang membawa padah sehingga dia dibunuh.Cikgu adiknya, Suhana rupa2nya abg tiri mereka, ayah mereka amatmenyesal meninggalkan suraya, suhana dan ibu mereka. Su meninggalkan kampung halaman setelah rahsia pakatan menfitnahnyaterbongkar. Dia pergi mencari adiknya di KL, membawa kepadapertemuan dgn bapa kandungnya (tempat suhana tinggal, suhana pon taktau tu bapa mereka). RAsa sakit hati masih menebal di hati duaberadik itu lalu mereka meninggalkan rumah itu. Saat itu dia bertemu semula dgn Zafran yg masih mnyintainya.I would love to read part mak zafran merayu Suraya utk menerima zafran sebagai suami tetapi tak dak pulak! sedap2 ja mencaci orangpadan muka.. rupa2nya suraya tu anak org kaya. Pembalasan ygditerima Netti memang setimpal. Padan muka, tu la jahat sangat..tapi sadis jugak la part kena toreh2 tu.. eee tapi tak leh nkkesian.. jahat sangat. sure fine whatever-rinn
* Terima kasih Rinn atas komen yang diberi. Dina akui banyak komen daripada pembaca yang meminati konflik yang ditimbulkan dalam Takdir Cinta. Untuk novel-novel akan datang, termasuk Seteguh Kasih Aina Najihah, Dina suka memberi cabaran dan dugaan kepada watak heroin dan memasukkan elemen kemasyarakatan dan perjalanan hidup yang tak semanis mimpi. InsyaAllah, sebagai penulis Dina akan berusaha menghasilkan karya-karya yang lebih baik. Tentang ibu Zafran merayu meminta Suraya menerima anaknya, sebenarnya ada babak tersebut tetapi editor telah memotongnya tanpa pengetahuan dan kebenaran saya. Terima kasih.
 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤ 0 comments
Monday, August 06, 2007,6:33 AM
Ulasan Oleh Mama Erra
Lama sudah Mama Erra ulas novel Dina ini, namun baru kini Dina berkesempatan memasukkannya dalam Entri hari ini. Terima kasih atas ulasan Mama Erra dan Dina akan berusaha melakukan yang terbaik untuk masa akan datang, InsyaAllah.


CINTA LUKISAN JIWA - Dina Najat

Kecewa dengan kehidupan di kampung, Dhiyan membawa diri ke Kuala Lumpur dengan harapan nasibnya akan berubah di sana. Sebagai salah seorang pelajar kelas masakan kepunyaan Datin Najwa, Dhiyan tidak menyangka yang dia terpaksa tinggal di banglo mewah milik wanita itu dan di situlah dia bertemu dengan anak Datin Najwa - Roy, Nadia, Dr. Riezman serta cucunya, Sabrina.

Mengenali Sabrina, mengingatkan dia kepada nostalgia silamnya di zaman kanak-kanak yang ketandusan kasih sayang seorang ibu. Bezanya, Sabrina itu cacat penglihatan. Kemesraan dan keakraban mereka berdua telah menarik perhatian Dr Riezman. Apakah Dr. Riezman masih berpegang dengan ikrarnya sebelum ini? Bagaimana pula penerimaan Dhiyan terhadap Dr. Riezman dan Fadhil, lelaki-lelaki yang cuba memenangi hati dan memburu cinta Dhiyan? ]

Jalan cerita yang bersahaja dan santai. Boleh dijadikan koleksi peribadi. Semoga dengan kelahiran novel kedua Dina ini akan mendorong beliau untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik lagi di masa akan datang. Tahniah dan selamat berkarya.... InsyaAllah, suatu hari nanti anda akan berdiri sama di antara barisan penulis terkenal tanahair.

Posted at 04:22 pm by zulaiha
*Dina: Terima kasih Mama. Dina akan melakukan yang terbaik, InsyaAllah.
 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤ 0 comments
Sunday, August 05, 2007,1:39 AM
Seekor anak ayam
Lari ke kiri lari ke kanan
Hajatnya hendak cari makan
Tapi sebelum itu nak cari kawan


Seekor anak ayam
Belum lagi jumpa kawan
Sedang perut sudah kelaparan
Makanan ada di depan

Seekor anak ayam
Jumpa kawan asyik bekeliaran
Kawan kata 'ok' kalau kau belanja makan
Tapi kawan masih belum bagi keputusan
Nak makan berseorangan atau berkumpulan


Seekor anak ayam
Melihat makanan sebagai umpan
Agar kawan tak akan tinggalkan
Agar kawan tak akan lupakan

Bijak bahasa anak ayam demi sebuah impian
Agar anak ayam itu membesar sebagai jagoan
Dalam kelompok ayam-ayam desa pinggiran

Seekor anak ayam
Dirinya tandus keikhlasan
Dirinya tak punya kekuatan
Dirinya cuma bijak mewayangkulitkan sebuah persahabatan

Oh anak ayam...
Lupa tajinya perlu masa untuk tumbuh

Lupa bulunya belum penuh ditubuh
Lupa makanan yang disajikan hanya air liur keruh
Dan seekor anak ayam itu
Sampai bila harus begitu
Mahu makan kena ajak kawan-kawan
Kalau cacing kehabisan
Kawan-kawan nanti kelemasan
Anak ayam itu juga bakal dikerjakan!


Salam sayang: Dina Najat

 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤ 0 comments
Thursday, August 02, 2007,11:49 PM
LRT...Dan Seorang Tua Bertongkat Yang Aku Temui
Suatu hari di bulan Januari, Dina dan anak Dina berhajat nak naik komuter lepas tu tukar naik LRT, hajat hati nak pergi Mid Valley, tau-tau terlajak pergi KLCC. Kereta kami parkir di kawasan komuter dekat Bangi.
Alkisah nak jadi cerita, oh sebelum itu kisah kali ini menyentuh kisah adat dan budi bahasa kaum kita. ( sebelum Dina lupa...). Bila masuk dalam LRT yang tiba, semua tempat duduk penuh, berhimpit-himpit segala macam manusia, tak kira bangsa tak kira lelaki ke kaum hawa semua nak masuk selagi ruang masih ada.

Kasihan Dina lihat anak Dina yang baru empat tahun usianya. Menangis merengek nak duduk tapi tempat tak ada. Semua yang duduk di situ, ada lelaki yang dah remaja, ada yang dah akhir dewasa dan badan tu tegap-tegap saja. Ada juga gadis-gadis manis yang lebih rela menonton kisah budak merayu dengan seorang ibu...' Umi, nak duduk mi...' sampai kering airmata anak Dina tapi gadis manis lebih fikirkan tentang; ok tak baju aku hari ini, atau minyak wangi aku ni berbau tak dari tadi? Sampai tak ada seorang yang mempersilakan seorang anak kecil mengambil tempatnya kerana mungkin takut dianggap cuba menunjukkan amalan mulia atau takut dikata,
'Amboi...baiknya dia, bangun bagi tempat duduk.' Atau mungkin dalam sesetengah hati ada yang terdetik, 'Buat apa aku nak bangun, orang sebelah tu buat selamba, sedangkan dia dah lama duduk dari mula aku tiba'.Atau mungkin juga ada yang berdoa, 'Mintak-mintak orang depan tu bagi tempat, bukan apa, dia tu aku tengok sihat, tak macam aku dari semalam tak dapat rehat'.Atau dalam masyarakat kali ini, 'buat baik malu sekali, tak ubah macam watak anak lelaki mithali si Adam Sandler dalam cerita Waterboy...malu nanti'.
Entah ler..Lebih sepuluh minit, anak Dina merengek, Dina pun simpati sebab budak empat tahun, berdiri dalam keretapi, badan asyik melayang ke kanan ke kiri, lagi pulak kurus macam lidi. Hati Dina hiba sekali.

Melihatkan sikap masyarakat yang kebanyakannya mengaku Islam sebagai agama dan Rasulullah sebagai nabi, Dina rasa sedih. Dengan agak kuat Dina bersuara, " Anak Umi, nanti kalau anak Umi besar, kalau ada budak nangis nak tempat duduk, anak umi bagi tau."
Sejurus itu, tiba-tiba bangun seorang lelaki. Menawarkan tempat duduknya untuk si kecil ini. Anak Dina cakap, tima kasih atok, dan lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Anak Dina pun duduk, tapi Dina terus berdiri di sebelah lelaki yang anak Dina panggil atok.
Lewat 2 stesyen sebelum lelaki itu keluar dari gerabak, sempat Dina ucapkan terima kasih banyak-banyak. Lelaki itu keluar dan Dina jadi sebak. Dia seorang lelaki India tua bertongkat kayu selit celah ketiak. Dina perhatikan lambat sungguh kaki 'uncle' itu bergerak. Dan dalam hati Dina bersuara, ' kau memiliki akhlak seorang Islam yang mana akhlak itu semakin tandus dalam diri orang yang beragama Islam'.
Lepas itu Dina malu nak menatap wajah-wajah yang ada dalam gerabak itu. Bukan malu dengan diri sendiri, ( pakaian Dina tak nampak hebat mana pun, dan tak pula selekeh kalau diukur dari segi penampilanlah...) Dina tapi malu dengan cermin akhlak mereka yang semakin retak.

Namun bukan setiap kali naik LRT peristiwa macam ini berulang lagi, adalah dua tiga kali ( yang Dina cerita ini paling teruk)tapi selalunya pelancong yang bangun dulu dan bagi tempat duduknya pada anak Dina ini. Ada juga orang kita, tapi nisbahnya tak seberapa jika dikira dengan bilangan kaum yang ada. Tapi, sampai hari ini anak Dina suka sungguh naik LRT atau komuter. Jadi Dina akan membawanya naik LRT sambil membiarkannya melihat masyarakat dan mempelajari sesuatu dari pengalamannya sendiri bersama uminya.

Kesimpulannya dan persoalannya, mungkin kita patut teliti samada adakah akhlak kita mencerminkan agama yang kita anuti atau tidak? Atau mungkinkah kita ini Islam hanya kerana dilahirkan dan membesar dalam masyarakat yang menjadikan Islam hanya sebagai adat? Jika tidak, mengapa ramai yang tidak mempraktikkan akhlak yang disarankan oleh Islam?
*Dina: Nampaknya Dina kena banyak perbaiki diri....

 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤ 3 comments