Friday, October 06, 2006,10:15 PM
DUNIA DINA NAJAT Syyyyyyyy...Usah Berbicara Dengan Suara
DIAM

Diam itu
Bukan diam batu
Bukan tanda setuju
Bukan mahu ditentu

Diam ini
Diam seorang pemerhati
Dalam sedar bukan dah mati
Melihat dalang bermain api

Diam Itu..

Diam Ini
Diam dan menaakul dalam akal kurnia Ilahi
Melihat mereka bermain kuasa
Tanpa mengenal siapa saudara!

Karya:

Dina Najat
1995-UKM Bangi
 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤ 0 comments