Sunday, April 22, 2007,2:31 AM
Pelancaran Dwi Novel 'Kerana Dia Cinta' dan 'Seindah Gubahan Kasih'
Hari Ahad yang lalu iaitu 15 April 2007 bertempat di K-Avenue Burger King KLCC, jam 10.00 pagi, Kaki Novel telah melancarkan dua buah karya terbaru dari seorang penulis baru iaitu Kak Mina Mahanie, ( Kak Mina tak sihat ya ari tu? Patut senyap jek!) dan tentunya, dari Izza Arippin atau Enigma ( e.n.i.g.m.a tersingkapnya sebuah misteri...).

' Seindah Gubahan Kasih'
'Kerana Dia Cinta'

Majlis yang ringkas tapi penuh dengan kemeriahan itu berjalan lancar. Dina sampai lebih kurang pukul sepuluh setengah, itu pun tergopoh gapah hantar anak pergi rumah mak mertua. Kemudian terlepas komuter pulak! Nak bawa kereta masuk KL, belum yakin lagi. Sampai saja di sana, sudah ramai yang hadir.

Majlis kiut miut tu, ada cabutan bertuah dan kuiz siapa cepat dia dapat ( dapat hadiah..) yang mana soalannya berkisar tentang novel dari Kaki Novel.

Ramai tetamu yang hadir dan buat pertama kalinya, Dina bersua muka dengan penulis Nyanyian Tanjung Sepi iaitu Kak Noor Suraya ( akhirnya dapat juga jumpa penulis favourite Dina). Pertama kali jumpa, Kak Su tak banyak cakap orangnya tapi tenang saja. Antara tetamu yang hadir sudah pasti Encik Rizal, Kak Anita Abdullah, Izzul Izzati ( awat tak habaq, boleh Dina tolong..he..he), Kak Noor ( happy je kakak yang sorang nih), Wan Amalyn ( Wan tak jadi wartawan kali ni ke? Wabbit kembali merampas jawatan), Wabbit ( tahniah! Berkat tangan Dina tau...), Kak Lena, siapa lagi...oh! Nacha ( gambar kita terpilih kan??) Infa, Rabiah ( bakal penulis KN), oo Kak Notie ( sejuk ati tgk Kak notie yg senyum sokmo), siapa lagi....oh, tidak lain dan tidak bukan, Carrie ( sronok dpt 'bualbicara' dgn awak..) serta MamaErra yg smakin 'ayu' gitu!
Hari itu juga Dina tak melepaskan peluang cuba dapatkan autograf Kak Mina dan Izza ( giliran korang exercise tangan plak..). Dina ucapkan tahniah kepada mereka berdua. Baca sinopsis cerita pun sudah menarik!

Semoga berjaya buat Mina Mahanie dan Izza Arippin.

 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤
Tuesday, April 17, 2007,7:25 PM
Rumah Kaki Novel Berwajah Baru
Sejak rumah Kaki Novel berubah wajah, Dina akan bertandang ke sana. Sesekali lepak di sana, bersantai di rumah kaki Novel. Dina juga akan menjawab soalan melalui ruangan Kaki Borak di Kaki Novel serta melalui email Dina sendiri iaitu dina2jat@yahoo.com.

Salam sayang,
Dina Najat
 
posted by Miss Nukleas
Permalink ¤